Catatan

si pendosa

Rukun Solat

Rukun-Rukun Solat Niat Takbiratul Ihram Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. Rukuk dengan toma`ninah. I`tidal dengan toma`ninah Sujud dua kali dengan toma`ninah Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah Membaca tasyahud akhir Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir Membaca salam yang pertama Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut. *semoga bermanfaat untuk semua..salam ramadhan...*

Kelebihan Solat Sunat Tarawih Di Bulan Ramadhan

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. Malam Ke 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman). Malam Ke 3: Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. Malam Ke 4: Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam Ke 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. Malam Ke 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. Malam Ke 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta men

MAKSUD CINTA DARIPADA ALLAH

Anas bin Malik meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW Bersabda: “Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.” dari hadis ini, terdapat beberapa point penting iaitu: 1. Mencintai seseorang kerana mencari reda Allah, bukan cinta hawa nafsu atau melanggar syariat. Seperti cinta seseorang yang ikut serta berjihad di jalan Allah, tidak untuk tujuan duniawi. Seperti cinta seseorang untuk beramal dan berjuang dalam organisasi. Dilakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah. 2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi kafir. Orang yang telah sempurna imannya tidak akan ada yang dapat mengubahnya menjadi kafir lagi. Dia tidak mengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang telah Allah w

Bercinta, ikutlah cara Islam

Imej
Buat rakan-rakan yang masih lagi leka memanjang dengan bercinta, bermanja, bersembang siang malam, sayang, miss u, kongsi gambar, video, lihat Aurat atau lebih lagi, bebas bersentuhan, berkhalwat, berjalan kesana kemari. Sembarangan berputus dengan yang ini, bermain dengan yang ini, dan yang parah lagi dengan sudah biasa Berzina. Banyak-banyakkanlah berfikir, matangkan, waraskan fikiran Sebentar. Kita bukan kekal dalam kedaan sebegini, sudah tentu kita pasti akan/ingin Berkahwin juga. Kahwin bukan tujuan "seks" semata-mata. Terlalu banyak perkara yang perlu difikir. Banyak Hukum, undang-undang Rumahtangga perlu diketahui, dititiberatkan. Dan kita sebenarnya sudah/dapat mampu, faham segalanya, namun usia, nikmat Muda ini melenakan Kita Bangkit, sedarlah temanku. Tinggallah adat yang Salah itu. Kebiasaan, Kesukaan dengan keadaan sebegitu punyai banyak kesan yang Besar, Buruk kelak selepas Kahwin. Pada Anak, Rumahtangga dan Diri kita sendiri, kita perlu bentuk, Tarbiyyah dar

BATAS LELAKI & WANITA

Imej
Mengikut kata Al- Quran dan Hadith. “Hendaklah mereka tutupkan tudung mereka ke leher dan dada mereka”  (an-Nur : 31)  “Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka  supaya mereka lebih mudah di kenal orang, kerana itu, mereka tidak di ganggu” (al-Ahzab : 59)   “Hai anak kerurunan Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik.” (al-Ahzab : 26)  “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia,melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangannya.”  (Hadith Riwayat Abu Daud)

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka

Imej
Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka  Masih lagi dalam tajuk berkenaan  Dajjal , dan kali ini saya akan cuba membongkarkan kumpulan-kumpulan yang membuat kerja untuk Dajjal pula. Dan saya akan sertakan pelbagai bukti agar kita boleh fikirkan bersama-sama. Tetapi Yang Maha Mengetahui segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk berusaha dan berfikir tentang segala apa yang diciptakanNya. Mengapa saya berani mengatakan kumpulan yang akan saya sebutkan di sini sebagai pasukan Dajjal? Kerana ada bukti-bukti kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh  Dajjal , dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai. Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini. Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Bia

DAJJAL SUDAH HAMPIR DENGAN KITA??

Dewasa ini, sejak 1990-an yakni sejak Muhammad Isa Dawud menerbitkan buku bertajuk “ dajjal  Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda,” semakin banyak pula buku-buku berkaitannya meneroka pasaran negara-negara Islam. Kemunculan buku-buku berkaitan Dajjal kebiasaannya akan terkandung dengan satu teori yang sama tetapi perkataan yang berbeza. Dua perkataan yang paling popular sekarang ini ialah; Dajjal akan muncul … Dajjal sudah muncul … Kami mentafsirkan kedua-dua klausa ini sebagai sebuah teori khusus untuk mentafsirkan mengenai keberadaan Dajjal. Jadi, mana satukah yang tepat? Sebagai blog yang mengkhusus mengkaji konspirasi Dajjal laknatullah dan isu-isu akhir zaman yang lain, kami ingin menyatakan bahawa kedua-dua teori di atas adalah tepat mengikut kaedah pendirian masing-masing. Kedua-dua teori tersebut didokong oleh penulis-penulis yang mengkaji tentang kewujudan Dajjal serta sifat-sifatnya. Setiap penulis itu pula membentang dengan fakta-fakta yang tersendiri dan berlegar-leg