Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

MAKSUD CINTA DARIPADA ALLAH

Anas bin Malik meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW Bersabda: “Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.” dari hadis ini, terdapat beberapa point penting iaitu: 1. Mencintai seseorang kerana mencari reda Allah, bukan cinta hawa nafsu atau melanggar syariat. Seperti cinta seseorang yang ikut serta berjihad di jalan Allah, tidak untuk tujuan duniawi. Seperti cinta seseorang untuk beramal dan berjuang dalam organisasi. Dilakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah. 2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi kafir. Orang yang telah sempurna imannya tidak akan ada yang dapat mengubahnya menjadi kafir lagi. Dia tidak mengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang...

Bercinta, ikutlah cara Islam

Imej
Buat rakan-rakan yang masih lagi leka memanjang dengan bercinta, bermanja, bersembang siang malam, sayang, miss u, kongsi gambar, video, lihat Aurat atau lebih lagi, bebas bersentuhan, berkhalwat, berjalan kesana kemari. Sembarangan berputus dengan yang ini, bermain dengan yang ini, dan yang parah lagi dengan sudah biasa Berzina. Banyak-banyakkanlah berfikir, matangkan, waraskan fikiran Sebentar. Kita bukan kekal dalam kedaan sebegini, sudah tentu kita pasti akan/ingin Berkahwin juga. Kahwin bukan tujuan "seks" semata-mata. Terlalu banyak perkara yang perlu difikir. Banyak Hukum, undang-undang Rumahtangga perlu diketahui, dititiberatkan. Dan kita sebenarnya sudah/dapat mampu, faham segalanya, namun usia, nikmat Muda ini melenakan Kita Bangkit, sedarlah temanku. Tinggallah adat yang Salah itu. Kebiasaan, Kesukaan dengan keadaan sebegitu punyai banyak kesan yang Besar, Buruk kelak selepas Kahwin. Pada Anak, Rumahtangga dan Diri kita sendiri, kita perlu bentuk, Tarbiyyah dar...

BATAS LELAKI & WANITA

Imej
Mengikut kata Al- Quran dan Hadith. “Hendaklah mereka tutupkan tudung mereka ke leher dan dada mereka”  (an-Nur : 31)  “Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka  supaya mereka lebih mudah di kenal orang, kerana itu, mereka tidak di ganggu” (al-Ahzab : 59)   “Hai anak kerurunan Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik.” (al-Ahzab : 26)  “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia,melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangannya.”  (Hadith Riwayat Abu Daud)

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka

Imej
Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka  Masih lagi dalam tajuk berkenaan  Dajjal , dan kali ini saya akan cuba membongkarkan kumpulan-kumpulan yang membuat kerja untuk Dajjal pula. Dan saya akan sertakan pelbagai bukti agar kita boleh fikirkan bersama-sama. Tetapi Yang Maha Mengetahui segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk berusaha dan berfikir tentang segala apa yang diciptakanNya. Mengapa saya berani mengatakan kumpulan yang akan saya sebutkan di sini sebagai pasukan Dajjal? Kerana ada bukti-bukti kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh  Dajjal , dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai. Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini. Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di duni...

DAJJAL SUDAH HAMPIR DENGAN KITA??

Dewasa ini, sejak 1990-an yakni sejak Muhammad Isa Dawud menerbitkan buku bertajuk “ dajjal  Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda,” semakin banyak pula buku-buku berkaitannya meneroka pasaran negara-negara Islam. Kemunculan buku-buku berkaitan Dajjal kebiasaannya akan terkandung dengan satu teori yang sama tetapi perkataan yang berbeza. Dua perkataan yang paling popular sekarang ini ialah; Dajjal akan muncul … Dajjal sudah muncul … Kami mentafsirkan kedua-dua klausa ini sebagai sebuah teori khusus untuk mentafsirkan mengenai keberadaan Dajjal. Jadi, mana satukah yang tepat? Sebagai blog yang mengkhusus mengkaji konspirasi Dajjal laknatullah dan isu-isu akhir zaman yang lain, kami ingin menyatakan bahawa kedua-dua teori di atas adalah tepat mengikut kaedah pendirian masing-masing. Kedua-dua teori tersebut didokong oleh penulis-penulis yang mengkaji tentang kewujudan Dajjal serta sifat-sifatnya. Setiap penulis itu pula membentang de...

Siapa itu DAJJAL AL-MASIH?????

Munculnya Dajjal Dari Gua Di Sebuah Pulau  Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti. Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaima...

TANDA-TANDA MALAM LAILATUL QADAR

KITA sudah pun berada dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadhan yang dirindui oleh para kekasih Allah S.W.T. Ini bererti kita sudah memasuki sepertiga terakhir Ramadhan yang menandakan Ramadhan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek. Hari-hari ini dirasakan pendek oleh para Solehin kerana mereka begitu yakin dengan ketinggian nilai dan keistimewaan hari-hari ini yang menyebabkan mereka seolah-olah merasa tidak mencukupi dengan saki-baki minit dan jam yang ada. Begitu banyak amal bakti yang belum sempurna dipersembahkan ke hadrat Ilahi. Masih banyak bukti pengabdian yang belum sempurna dipersembahkan ke hadapan-Nya. Di suatu sudut lain, sebahagian orang pula merasakan hari-hari ini begitu pendek kerana pelbagai kesibukan duniawi apabila mengenangkan Hari Raya yang menjelang tiba. Pelbagai persiapan pakaian, rumah dan juadah yang hendak disempurnakan. Masih banyak urusan kerja dan perniagaan berkaitan Ramadhan dan Aidil Fitri yang belum selesai. Ji...

pencarian malam lailatul qadar

Imej
Malam kali ini tidak sunyi. Letupan mercun sudah mula kedengaran dan kini kita sudah pun berada di minggu ke tiga Ramadhan. Minggu ke tiga yang penuh barokah bagi setiap umat manusia yang tidak mensia-siakanya kerana di minggu inilah terdapatnya hari yang bersamaan 1000 bulan dan kita perlu mencarinya. Bak kata/sabda Nabi Muhammad S.A.W “Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.”  – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2017. Sabda Rasulullah s.a.w : “Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.”  – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya Jadi, isilah malam-malam penghujung Ramadhan ini dengan ibadah-ibadah serta hidupkan malam-malam Ramadhan dengan pelbagai amalan-amalan kerana bagi  barangsiapa yang mendapat keberkatan malam itu, mereka amatlah beruntung. Kerana apa?...

MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam " Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.: Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu " Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad da...

AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Imej
AMALAN-AMALAN DI BULAN SUCI RAMADHAN ( باللغة الإندونيسية ) Disusun Oleh: Mohammad Iqbal Ghazali. MA Murajaah : Abu Ziyad  أعمال رمضانية إعداد: محمد إقبال غزالي مراجعة: إيكو أبو زياد Maktab Dakwah Dan Bimbingan Jaliyat Rabwah  المكتب التعاوني للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض 1428 – 2007 AMALAN-AMALAN DI BULAN SUCI RAMADHAN      Segala puji bagi Allah I yang menjadikan bulan Ramadhan lebih baik dari pada bulan-bulan lainnya dengan menurunkan al-Qur`an dan mewajibkan puasa bagi kaum muslimin sebagai salah satu pondasi Islam. shalawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad r yang telah menyampaikan kepada kita tentang ibadah-ibadah dibulan Ramadhan dan memberikan contoh kepada kita bagaimana sebaiknya menghidupkan bulan bulan yang penuh berkah ini. Dari Abu Hurairah t , ia berkata, 'Rasulullah r memberi kabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda: قَدْ جَا...